Tuesday 29 April 2014

saya kembali!

Assalamualaikum.

Bertahun-tahun tinggalkan blog ni. Maklumlah sibuk dengan kehidupan, ujian dan macam-macam perkara lagi. Hidup perlu diteruskan, bukan? Dan ujian itu datang membawa maksud yang Allah mengingati kita dan mahu kita dekat denganNya. Jadi, petuanya ialah kena sabar dan mengerjakan solat. InsyaAllah, semua ditanggung beres... 

Ehh, nak cerita pasal buku-buku yang masih tersimpan kemas dan baik di library ahlia zaidi ni. Saya mula kenal novel-novel ni, puncanya dari sahabat saya yang rasanya semua kenal. Penulis novel weeda airiza! 
Antara karya novelis merangkap sahabat baik saya ni ialah... 

Promo! Boleh dapatkan buku ni di kedai buku berhampiran anda. :)

Zaman budak-budak dulu, saya selalu ikut keluarga weeda airiza ke pelancaran novel alaf 21 ni. Jadi, saya selalulah dapat cenderahati novel ni. Waktu ni sangat best, sebab tak payah beli novel.. Rindu zaman tu. Kalau pelik kenapa saya dapat pergi pelancaran novel-novel semua ni..

Mari saya ceritakan, ibu kepada weeda airiza ni juga merupakan novelis yang hebat iaitu Puan Norzailina Nordin. Saya banyak baca karya beliau dan ada simpanan peribadi karya beliau... huhu. dari merekalah saya mengenali novel dan mula membaca novel seingat saya.

Nanti saya akan kongsi serba sikit pasal novel-novel dua peulis ini. InsyaAllah.. 

Until then, jumpa lagi!

Wednesday 21 December 2011

Jendela Hati

Pernah dengar istilah "ganti tikar"??

Haaa.. kalo tak pernah, korang baca novel ni.. Hasil nukilan Aisya Sofea yang bertajuk "Jendela Hati". Ikutkan buku ni dah lama dah. Tapi saja jer nak refresh minda ni. Yerlaa, bukunya pun dah lunyai, siap kuning dah helaian-helaian novel tuh. Dasat kan? Alhamdulillah, buku masih baik.. Boleh baca lagi n lagi.

Tapi macam biasa, novel ni novel cinta ye..

Terbitan Alaf 21.

Mengisahkan tentang seorang jejaka ( Luqman Hafizi) yang kehilangan isterinya ( Sarah). Dan menyebabkan hidup nya berubah sama sekali. Tapi, kepulangan Farah, adik kembar Sarah ke tanah air demi menunaikan sebuah wasiat dari kakaknya sedikit sebanyak menggugat hati Luqman.

Mampukah Luqman menerima farah? Sanggupkah Luqman menggugat cintanya buat arwah isterinya?

Yang tu korang kene baca, carilah buku ni kat mana-mana... Kalo tak ade, pinjam je ngan kawan yang ade. Tapi jangan lupa pulangkan balik pula. Saya ada dua buah buku ni. Pelik kan? Satu dibeli sendiri dan satu lagi cenderahati dari alaf 21.Sempena perlancaran novel zuriat karya auntie Norzailina Nordin. Tq buat Alaf 21... Hehe..

Sunday 18 December 2011

Kisah Cinta Hariz dan Izzah :)

Rasanya semua tahu pasal citer yang tengah meletup-letup di pawagam sekarang ni. Citer apa ye? Ala, yang hero die Aaron Aziz..

Cerita apa lagi kalo bukan OMBAK RINDU.

Disebabkan cerita ni tengah meletup sekarang. Mari kita tgk sikit pasal novel ni..

Izzah & Hariz; Remember??

Untuk pengetahuan, novel ni hasil nukilan Fauziah Ashari. Sekarang ni dah di ulang cetak disebabkan sambutan hangat oleh peminat novel n filem berkenaan. Sampai kalau kat kedai buku, asal customer tanya je mesti tak ada. Hebat kan penangan nya?

yang ni RE-BORN novel Ombak Rindu :)

Ikutkan novel ni kira one of best novel la yang pernah saya baca. Cuma antara novel n filem ombak rindu tuh mcm ada sikit beza. Terutama dari segi persekitarannya, kalau dalam novel.. Berlatarbelakangkan sebuah apartment tapi dalam filem lain pula. Tapi yang penting novel ini memang menarik dan penuh konflik.

Kisah tentang percintaan, perhubungan kekeluargaan, keegoan, pengorbanan.. semua ada. Dan yang penting; mampu menitiskan airmata. Waaa...

Mana lah tau korang nak baca sinopsis dia. Hehe

Nway, pada sesiapa yang belum membaca.. silakan membaca.. :)

Thursday 15 December 2011

New Passion

Thank you for visiting this blog! :)

Saja nak share dengan korang mengenai buku- buku yang telah saya miliki. Dan InsyaAllah, saya akan memuatkan review-review buku-buku yang menjadi milik saya dan juga buku-buku yang pernah menjadi bahan bacaan saya.

Bukan apa, terasa teringin nak berkongsi dengan korang tentang buku-buku menarik yang saya ada. Cewah!

So. tungguu..