Tuesday 29 April 2014

saya kembali!

Assalamualaikum.

Bertahun-tahun tinggalkan blog ni. Maklumlah sibuk dengan kehidupan, ujian dan macam-macam perkara lagi. Hidup perlu diteruskan, bukan? Dan ujian itu datang membawa maksud yang Allah mengingati kita dan mahu kita dekat denganNya. Jadi, petuanya ialah kena sabar dan mengerjakan solat. InsyaAllah, semua ditanggung beres... 

Ehh, nak cerita pasal buku-buku yang masih tersimpan kemas dan baik di library ahlia zaidi ni. Saya mula kenal novel-novel ni, puncanya dari sahabat saya yang rasanya semua kenal. Penulis novel weeda airiza! 
Antara karya novelis merangkap sahabat baik saya ni ialah... 

Promo! Boleh dapatkan buku ni di kedai buku berhampiran anda. :)

Zaman budak-budak dulu, saya selalu ikut keluarga weeda airiza ke pelancaran novel alaf 21 ni. Jadi, saya selalulah dapat cenderahati novel ni. Waktu ni sangat best, sebab tak payah beli novel.. Rindu zaman tu. Kalau pelik kenapa saya dapat pergi pelancaran novel-novel semua ni..

Mari saya ceritakan, ibu kepada weeda airiza ni juga merupakan novelis yang hebat iaitu Puan Norzailina Nordin. Saya banyak baca karya beliau dan ada simpanan peribadi karya beliau... huhu. dari merekalah saya mengenali novel dan mula membaca novel seingat saya.

Nanti saya akan kongsi serba sikit pasal novel-novel dua peulis ini. InsyaAllah.. 

Until then, jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment