Wednesday 21 December 2011

Jendela Hati

Pernah dengar istilah "ganti tikar"??

Haaa.. kalo tak pernah, korang baca novel ni.. Hasil nukilan Aisya Sofea yang bertajuk "Jendela Hati". Ikutkan buku ni dah lama dah. Tapi saja jer nak refresh minda ni. Yerlaa, bukunya pun dah lunyai, siap kuning dah helaian-helaian novel tuh. Dasat kan? Alhamdulillah, buku masih baik.. Boleh baca lagi n lagi.

Tapi macam biasa, novel ni novel cinta ye..

Terbitan Alaf 21.

Mengisahkan tentang seorang jejaka ( Luqman Hafizi) yang kehilangan isterinya ( Sarah). Dan menyebabkan hidup nya berubah sama sekali. Tapi, kepulangan Farah, adik kembar Sarah ke tanah air demi menunaikan sebuah wasiat dari kakaknya sedikit sebanyak menggugat hati Luqman.

Mampukah Luqman menerima farah? Sanggupkah Luqman menggugat cintanya buat arwah isterinya?

Yang tu korang kene baca, carilah buku ni kat mana-mana... Kalo tak ade, pinjam je ngan kawan yang ade. Tapi jangan lupa pulangkan balik pula. Saya ada dua buah buku ni. Pelik kan? Satu dibeli sendiri dan satu lagi cenderahati dari alaf 21.Sempena perlancaran novel zuriat karya auntie Norzailina Nordin. Tq buat Alaf 21... Hehe..

No comments:

Post a Comment